Pada hari yang indah lagi makmur ini... sejarah telah tercipta apabila
The Gunners telah menghancurkan Stamford Bridge dengan jayanya..
The Blues telah mengalami kekecewaan yang teramat kerana sudah
tidak dapat melalui Stamford Bridge...
Karangan di atas ialah karangan merepek yang aku saja reka...
Arsenal telah mengalahkan Chelsea 5-3 di London....
Hatrik kapten Arsenal iaitu RVP telah membolehkan mereka
menumpaskan Chelsea. Perlawanan itu sungguh sengit sehingga
8 gol tercipta macam Malaysia lawan Singapore plak mase first
qualification untuk World Cup 2014. Sumpah best game tadi.
sape tak tengok rugi. Tengok RVP main memang heaven la.....
dah la Man Of The Match. Kebijaksanaan dan kreativiti
Arsene Wenger telah menyebabkan AVB menangis meraung.
Mari kita lihat pemain mana yang menonjol dalam perlawanan tadi...
kita mula dengan Chelsea dulu.
John Terry
ketua defender dan kapten pasukan The Blues tadi...
banyak mengekang serangan RVP n the Gang tetapi
kesilapan pemain lain kut yang telah menyebabkan
gawang Chelsea dibolosi sebanyak 5 kali... dia juga telah menjaringkan
1 gol untuk pasukannya untuk mendahului seketika..
Frank Lampard
Bermain dengan baik tapi tak sebaik selalu atau pasukan
Gunners yang terlalu hebat untuk dia.. menghasilkan 1 gol dan bermain
lebih baik daripada Torres.
Juan Mata
Juan Mata telah menghasilkan satu gol dan berjaya mengucar-kacirkan
barisan pertahanan The Gunners selama 90 minit mereka bermain.
Pemain ini adalah pembelian yang berbaloi oleh AVB kerana
dia bermain dengan baik dan mempunyai masih lagi mempunyai masa
yang panjang dalam kariernya.
Daniel Sturridge
Pemain ini bermain dengan laju dan menggelecek bola dengan baik.
membantu Chelsea memperoleh gol. Seorang pemain yang mempunyai masa
depan yang cerah jika AVB pandai menggunakannya.
Sekarang kita beralih kepada Arsenal pula.
Per Mertesacker
Pemain tinggi lampai ini adalah faktor kenapa Chelsea
tidak dapat menjaringkan gol lebih daripada 3.
Dia berjaya mengekang Torres daripada menamatkan
kemarau gol dia. Pembelian yang mula nampak keberhasilannya.
Mikel Arteta
Arsene Wenger membeli Arteta dari Everton adalah untuk menggantikan
Fabregas yang meninggalkan kelab itu dan pada malam ini
Mikel Arteta telah berjaya menghasilkan beberapa hantaran yang
menarik walaupun tidak menjaringkan gol.
Theo Walcott
Pemain muda ini telah menjaringkan satu gol.
Kemahiran dia ialah menggelecek dan ia diakui sendiri oleh Fabregas.
Berjaya melepasi A.Cole dan John Terry dengan kelincahannya
yang tiada tandingannya menyebabkan dia adalah pemain
yang akan di target oleh Barcalona.
Robin Van Persie
Superstar yang dilahirkan oleh Arsene Wenger ini
telah senyapkan penyokong Chelsea dengan hatriknya.
Tidak ada pemain boleh berbuat begitu. Kapten Arsenal ini
akan membawa pasukannya memenangi sesuatu piala
pada musim ini..
Man of The Match: RVP
BOOM to the stamford bridge blown up by The Gunners
Djourou: sep sikit!! mentang2 ko hatrik Persie.. sombong pulak yer..
RVP: woi Djourou!! ko tan nampak ke A.Santos tengah bermesra ngan aku.
AVB: musim perpindahan ni nak beli RVP la... Abramovich banyak duit. rilek la..
Arsene Wenger: permainan yang menakjubkan... tak kene pecat la macam ni...
ps: love the game
BYE......
No comments:
Post a Comment