Wokey. Hari ini aku dapat satu ilham dari langit untuk membuat post baru. Apa yang aku bakal taip ini adalah tentang definisi dan huraian apakah maksud pengorbanan bagi aku.
Pengorbanan daripada maksud kamus Google adalah sanggup buat apa-apa sahaja untuk kebaikan orang lain dan mendapat kebaikan kepadanya juga.Contohnya Abu(bukan nama sebenar) sanggup memberi telefon bimbit kepada Kamal(bukan nama sebenar) menggunakannya untuk bergayut dengan aweknya dan Kamal akan memberinya 3 teguk air coke setelah Kamal habis menggunakan telefon bimbit itu. Nampak tak bagaimana pengorbanan Abu kepada kawannya. Sadis bukan. Anda pernah buat macam ini?
Terdapat banyak jenis pengorbanan di dalam dunia itu seperti pengorbanan dalam cinta, persahabatan dan makanan. Post ini aku nak hurai tiga ini saja.
Yang pertama adalah cinta. Cinta adalah sesuatu bende yang tidak dapat dijelaskan dengan percakapan atau pergerakan. Cinta ini adalah sesuatu yang indah dalam hidup seseorang. Tapi kalau cinta monyet jangan cakap la. Macam orang bodoh saja bercinta monyet ini. Kalau nak bercinta mesti kena "cool". Jangan gelabah, nanti merana. Apa kaitan cinta dengan pengorbanan? Dalam cinta mesti kena ada pengorbanan. Contohnya, Zahidi(bukan nama sebenar) sanggup membeli coklat Cadbury yang berharga Rm8 untuk teman perempuannya walaupun dia punya poket tengah kering. Erm..... Bodohnya. Pesal kau beli la Zahidi.Dah tahu tak ada duit jangan la beli untuk teman perempuan kau. Curi ke?
yang ini terlebih pengorbanan
Wokey. Yang kedua pula adalah pengorbanan dalam persahabatan. Persahabatan ini penting dalam hidup untuk kita meneruskan kehidupan. Tanpa kawan mana wujud hubungan ini. Apa kaitannya dengan pengorbanan? Persahabatan perlukan pengorbanan untuk mengeratkan silaturahim. Tak faham? Sila baca contoh seterusnya. Abi Hurairah(bukan nama sebenar) sanggup memberi memory card Playstationnya kepada Najman(bukan nama sebenar) kerana memory card Najman sudah hilang dek makan oleh anjing jiran sebelahnya. Maka dari hari itu, mereka telah berkawan baik. Yang ini barulah pengorbanan. Abi ini baik gila kerana bagi memory card itu dekat Najman. Aku nak tanya kat Abi. Nanti ko nak Playstaion pakai memory card siapa? Tolol!
Yeah! Kita gang selamanya hasil memory card itu.
Yang akhir sekali, pengorbanan dalam makanan. Pelik sungguh pengorbanan ini. Tak pelik la. Biasa saja. Kalau kita pergi makan dengan kengkawan, order pizza pepperoni, mesti kita nak slice yang paling besarkan?HA! Disitulah munculnya niat nak berkorban. Ikut orang la. Kadang-kadang ada yang keras kepala sikit. Jangan sampai gaduh dalam restoran itu sebab itu. Nanti orang cakap kamu yang bergaduh itu monyet sebab bergaduh pasal makanan. Kalau kamu semua pergi bukit melawati dekat Kuala Selangor, dekat puncak dia ada segerombolan monyet yang sedia menunggu untuk diber makan oleh para pengunjung. Mereka akan berebut jika ada penungunjung memberi makan kepada salah seorang daripada MONYET....
Gaduh monyet gaduh!
End of post
<><><><><><><><><><><><><><><>
ps: berkorban lah apabila perlu.
BYE....
*gambar suka-suka
No comments:
Post a Comment