Pengikut Setia

Feb 5, 2012

Kualiti yang kita perlukan.

Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger.

Check,check,Rock,rock
Lebih tua dari ku.. 

STOP!!! 

Ini bukan sekarang masanya untuk bernyanyi la..

Inilah masanya untuk kita bertanya pada orang-orang diluar sana tentang kemasukan pelajar sekolah rendah ke SBP. YA. Seperti yang kome tau... sekarang nak masuk SBP senang je.. Ko pergi duduk luar bandar lepastu dapatkan 3A2B... cukup la tu.. 

Hahahahah... senangkan nak masuk SBP... Time aku dulu kena dapat 5A yang berkualiti baru dapat masuk SBP... pergh!! 5A tu... Aku kena study siang malam untuk dapatkan kejayaan yang berharga itu. Jadi berbalik kepada tajuk kita sekarang. Kita boleh ramalkan apa yang akan berlaku pada result satu sekolah SBP pada 3-4 tahun akan datang. Mesti terukkan? Itu aku punya prediction.

Selalunya yang dapat 3A2B ni disiplinnya kurang memuaskan. Tak hormat cikgu adalah suatu kepastian yang akan berlaku. Mereka juga akan berasa angkuh apabila bedepan dengan rakan2 deme yang dapat 5A yang bersekolah di sekolah harian. Itu semestinya akan berlaku. Kesian kat budak yang dapat 5A tu. Penat dia belajar, kempunan nak masuk sekolah bagus.

Aku tak cakap yang budak dapat 3A2B ni tak bagus tapi kalau camtu baik suruh budak yang dapat 5B or 5C masuk SBP. Bukankah SBP bermaksud Sekolah Berasrama Penuh aka Sekolah Budak Pandai(bluek!). Jadi kualiti para pelajar perlulah dijaga dan sentiasa disemai dengan nilai-nilai yang baik supaya dapat menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

***********************************

*kami masuk SBP... lu ada?


ps: ini cuma pendapat aku. kalau ade pape jangan segan silu komen ye?



BYE....










*suka-suka





No comments:

Post a Comment